Thursday, November 5, 2009

atas nama cinta-UNIC

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Monday, September 28, 2009

e.i.d m.u.b.a.r.a.k





salam eidulfitri~
maaf zahir dan baten!

Sunday, August 23, 2009

najlah tihani


alhamdulillah..bertambah agi sorang cousin.."najlah tihani"..ermm..nice nama tu..unique

walaupun nenek kate payah nak sebut..berbelit3...nanti2 biasala eh nenek..praktis3..hehe..surf la internet nak tau maksudnye name tuh...


najlah>> yang baik keturunannya

tihani>> bahagia


amin...(^^)



Monday, August 17, 2009

ahlan wasahlan


Sunday, August 16, 2009

Sendu dalam tawa?

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Wednesday, August 12, 2009

ikhlaskan saja


Ku garap ayat-ayat ini,
Ku susun biar ia senada,
Ku perah otak untuk biar ia seirama,
Seirama mengikut alunan jiwa,
Lontarkan walau hanya pada awan,
Takut kalau-kalau dibiar,
Nanti akan meracun jiwa,
Jangan hidup dengan pujian,
Jangan terusik dengan kejian,
Kerna kau hidup bukan hanya untuk tatapan manusia,
Tapi untuk penilaian Tuhan,
Tiap titisan keringat mu,
Tiap gerak hati mu,
Tak pernah terlepas dari awasanNya,
Mungkin pernah terlintas,
Hidup ini tidak adil,
Yang hitam selalu saja menang,
Yang putih tertindas terus,
Hitam dan putih makin kelabu,
Samar dan kelam,
Mana pegangan?
Mana haluan?
Hati mula sedar,
Dengan mengingati Ya Wadud,
Hati pastikan tenang,
Hati yang mulanya kosong,
Rasa terisi,
Ikhlaskan saja semuanya,
Kerna Allah Maha Tahu,
Apa yang terbaek buatmu…

-istannasuwayya-

Tuesday, July 28, 2009

Pesan pada hati




Rule 1: Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, jangan hidup sekadar untuk menerima...


Rule 2: Hiduplah dengan berusaha untuk memahami, bukan hanya untuk difahami..


Rule 3: Hiduplah dengan berusaha untuk menghormati orang lain, bukan hanya untuk dihormati....


Rule 4: Hiduplah dengan berusaha menyayangi manusia seikhlas hati, bukan hanya untuk disayangi....